KUANTAN, 11 September 2018 bersamaan 1 Muharram 1440 ; Sempena dengan program sambutan Maal Hijrah tahun 1440H/2018M peringkat negeri Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Kakitangan (Kategori Inovasi Kerajaan, Swasta, Ngo, Badan Berkanun & IPT). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mencemar duli berkenan mengurniakan anugerah itu kepada YH Dato’ Haji Halidan bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1440H/2018M. Turut hadir,…