20 Julai 2018, Kuantan - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah membuat kunjungan hormat terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail di Pejabat YAB Menteri Besar pada 20 Julai 2018 baru-baru ini. Tujuan kunjungan tersebut sebagai penghormatan dan rakaman perhargaan di atas perlantikan beliau sebagai YAB Menteri Besar Pahang ke 14. YH Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud juga turut mengambil kesempatan menerangkan perkembangan kempen zakat yang dilaksanakan olek PKZ Pahang terutama pelaksanaan ‘Wajib Taksir Zakat Pendapatan’…