1 APRIL 2022, KUANTAN – Sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan yang mulia, Pusat Kutipan Zakat Pahang bekerjasama Naura Solution Enterprise menyiarkan siaran Majlis Tadarus dan Tadabbur Al-Quran setiap hari sepanjang Bulan Ramadan bermula 1 April 2022. Majlis ini akan diterajui oleh tiga orang pendakwah selebriti yang juga peneraju program ‘My Qurantime’ iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Tirmizi Ali dan Ustaz Fazrul Fahmee Ismail. Siaran akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi dan ulangan di Page Rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang sebanyak dua kali sehari. Selain dari menyebarkan info dan dakwaj berkenaan dengan zakat, Pusat…
DAKWAH ZAKAT KEPADA PARA PENEROKA 31 Mac 2022, MUADZAM SHAH - Sejajar dengan kenaikan harga minyak sawit di pasaran dunia, maka para warga peneroka FELDA juga turut menerima tempias laba dengan menikmati kenaikan harga buah sawit melebihi RM1,400 setiap tan. Alhamdulillah impaknya semakin ramai para meneroka yang telah menunaikan ibadah zakat mereka di Pusat Kutipan Zakat Pahang. Sehingga Disember 2021, terdapat 2,278 orang peneroka di dalam Zon Timur telah menunaikan zakat hasil ladang mereka melalui skim Potongan Zakat Bulanan. Kemudahan Potongan Zakat Bulanan ini amat membantu para peneroka melaksanakan tanggungjawab zakat hasil ladang masing-masing secara mudah dan istiqamah. Bagi mempastikan…
28 MAC 2022, Cameron Highlands – Sempena lawatan kerja ke daerah Cameron Highlands, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud telah meluangkan masa untuk melawat kilang memperoses produk hiliran berasaskan buah Strawberi yang dimiliki oleh salah seorang ahli Bizzakat (direktori pembayar zakat perniagaan) yang terletak di Royal Lily Tanah Rata. Encik Amnan Fakri bin Osman adalah antara usahawan muda yang sedang meningkat naik di daerah Cameron Highlands. Selain daripada mengusahakan projek penanaman strawberi secara komersial, beliau turut menghasilkan produk-produk berasaskan strawberi seperti jem strawberi, kordial, ais krim, sambal bilis dan serunding. Di kilang ini…
25 MAC 2022, Cameron Highlands - Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP), Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud bersama beberapa pegawai telah membuat kunjungan hormat terhadap Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya bin Syed Abdul Rahman di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands Tanah Rata. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi perbincangan strategi dakwah zakat kepada penduduk dan kakitangan yang bekerja di Cameron Highlands. Di kesempatan ini juga  Dato’ Haji Halidan turut mengambil peluang menerangkan perancangan Pusat Kutipan Zakat Pahang untuk membuka cawangan pejabat PKZP di Cameron Highlands bagi memudahkan masyarakat Islam di sana…