Kuantan, 3 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda negeri Pahang baru-baru ini telah memberi kesan kepada beberapa buah daerah antaranya daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Jerantut dan beberapa daerah lain. Turut terkesan adalah berbelas rumah kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Antara penempatan kakitangan yang ditenggelami banjir adalah di Taman Inderapura, Perumahan Bukir Rangin Perdana, Perumahan Cenderawasih dan Mentakab. Ada di antara mereka yang mengalami dua kali banjir sepanjang tahun 2021 sehingga tenggelam keseluruhan rumah. PKZ Pahang telah menubuhkan 2 kumpulan skuad pembersih bagi menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah kakitangan dan…