Menjadi kelaziman setiap tahun, bulan Disember adalah bulan zakat. Pada kebiasaanya ramai kalangan umat Islam menunaikan kewajipan melaksanakan tuntutan rukun islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat harta antaranya zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat emas dan zakat perniagaan. Sebagai sebuah badan yang bertanggung jawab mengutip zakat di negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang telah mempelbagaikan promosi kesedaran kewajipan berzakat di kalangan umat Islam khususnya di negeri Pahang melalui saluran-saluran media terkini. TV Al-Hijrah adalah salah satu platform yang kita gunakan. Sebagai contoh pada bulan Disember tahun ini, Pengurus Besar Kanan Pusat kutipan Zakat Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud…