BENTONG, 01 Disember 2021 (Rabu) – Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM 4,000,000.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(PKZ)  dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertempat di Bilik Mesyuarat  Majlis Perbandaran Bentong , Bentong Pahang. Dalam majlis serahan zakat tersebut, Jawatankuasa Pengurusan PSK , YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah menyerahkan zakat perniagaan kepada YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud , Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang sambil disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang  Dato'…
KUANTAN, 25 November 2021 (Khamis) - 45 warga SMK Chengal Lempong, Kuantan (CheLSS) berazam untuk menyertai skim potongan zakat secara istiqamah melalui potongan gaji bulanan dalam Majlis Persefahaman Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar bersama Pusat Kutian Zakat dan Wakaf Pahang. Program ini adalah lanjutan Majlis Pelancaran Skim Wakalah Zakat Sekolah-Sekolah melalui kolaborasi bersama Majlis Guru Besar (MGB) dan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) pada 15 November 2021 yang lalu.  Pengetua SMK Cengal Lempong Tuan Haji Mohammad bin Che Ibrahim merupakan Pengetua Pertama mengundang PKZ ke sekolah untuk memberi penjelasan berkenaan zakat pendapatan dengan menggunakan platform Ezid.my. Di dalam ucapan aluannya, beliau…
BENTONG, 18 November 2021 – Pertubuhan Peladang Kawasan Bentong telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM 20,552.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Bentong dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena mesyuarat Agung Tahunan PPK Bentong kali ke-41 yang bertempat di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah, Bentong Pahang. Dalam majlis serahan zakat tersebut, Pengerusi PPK Bentong, YH Dato’ Sri Mohamad Zaini Bin Salleh telah mewakili PPK Bentong menyerahkan zakat perniagaan kepada Ustaz Mohmad Al Zahir Bin Shapiee, Penolong Pegawai PKZ Bentong. Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Pertubuhan Peladang Kawasan…
KUANTAN, 23 November 2021 – Tiga badan korporat telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2020 berjumlah RM4,715,107.00 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Dewan Seminar, Pusat Kutipan Zakat Pahang. Badan korporat tersebut ialah FGV Holdings Berhad  yang diwakili oleh Pengerusi FGV Holdings Berhad, YBhg Dato’ Zulkifli bin Abd Wahab bagi menyerahkan zakat sebanyak RM4,551,148.00 manakala Pahang Skills Development Centre (PSDC) diwakili oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Tuan Mohd Yusri Bin Mohd Nor menyerahkan zakat sebanyak RM100,000.00. Manakala Rural Capital Sdn Bhd pula diwakili oleh Ketua Cawangan Pahang Rural Capital Sdn Bhd, Puan Nur Suhara Binti…