Kuantan, 20 April 2021 - Setelah lebih daripada 23 tahun berkhidmat di Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Ketua Bahagian Pentadbiran, Puan Norhayati binti Ahmad menamatkan perkhidmatan terakhir beliau pada hari ini. Puan Norhayati disifatkan sebagai seorang yang banyak memberikan tunjuk ajar, menunjukkan teladan, peramah, cergas dan bertanggung jawab kepada semua pegawai. Majlis persaraan beliau yang diadakan pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang pada 20 Mac 2021 di Swiss-Bell Hotel, Kuantan. Lebih manis, dalam majlis tersebut juga beliau turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang cemerlang ditunjukkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat di Bahagian Pentadbiran PKZ Pahang.…