12 April 2021 - Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT dengan keizinannya memberi peluang kepada Pusat Kutipan Zakat  Pahang (PKZ) kesempatan menyampaikan maklumat  kepada anggota  Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di kem seluruh Pahang mengenai Wajib Taksir Zakat (WTZ)  . Program ini diadakan serentak di tiga tempat yang berbeza iaitu Markas 4 Briged yang disampaikan oleh Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman Pengurus PKZ bagi Zon Timur. Lokasi kedua berlangsung di Depo Pusat Peluru Mempada disampaikan oleh Encik Mohd Zaisam Bin Zainal, Pengurus PKZ bagi Zon Barat dan lokasi  ketiga, bertempat di Batalion 7 RRD Mentakab yang  disampaikan oleh Haji Mohd…
Kuantan – 31 Mac 2021,  Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) terus mengorak langkah dalam mengadaptasikan penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam urusan kempen zakat dengan melancarkan aplikasi terbaharu  yang diberi nama “ BizZakat”. BizZakat adalah direktori yang mengumpulkan semua pembayar zakat perniagaan di negeri Pahang dan usahawan asnaf di dalam satu plaform. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, aplikasi direktori BizZakat ini turut mempunyai keunikan tersendiri di mana barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan bukan sahaja halal tetapi ianya ditawarkan oleh pembayar zakat di negeri Pahang. “Produk unik yang ada di Negeri Pahang seperti gula…
KUANTAN - 20 Mac 2021 bersamaan 6 Syaaban 1442H, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah berjaya mengadakan Bengkel Halatuju 2021 PKZ Pahang kepada  91 orang kakitangan PKZ Pahang bertempat di Swiss-bel Hotel Kuantan Pahang. Tujuan bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan berkenaan prestasi 2020, isu-isu pentadbiran dan perancangan gerak kerja tahun 2021 PKZ Pahang. Secara umumnya bagi tahun 2021, PKZ Pahang telah menggariskan 5 fokus utama iaitu ; Z-Barakah yang memberi fokus untuk memantapkan lagi urusan potongan gaji bagi Zakat Pendapatan. Z-Tijari, strategi bagi meningkatkan pembayaran zakat perniagaan. Z-STEP, mengenalpasti potensi baharu bagi Zakat Simpanan, Ternakan, Emas, Pertanian…
Kuantan - 05 Mac 2021 Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan telah menerima sumbangan zakat berjumlah RM200,000 untuk sara hidup siswa dan siswi yang bakal menyambung sessi pengajian 2021 pada pertengahan Mac nanti. Gimik penyerahan tersebut dilaksanakan oleh Ybhg Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MUIP kepada Profesor Dr Kamaruzaman Yunus, Pengarah Kampus UIA Kuantan Menurut Dr Asmadi, UIA Kuantan merupakan salah satu penyumbang dana zakat terbesar melalui potongan gaji terbesar di kalangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri Pahang. Tambahan beliau,Kampus UIA Kuantan berada di ranking kedua selepas Universiti Malaysia Pahang yang mempunyai…