21 JUN 2022, Kuantan –Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan telah mengadakan Majlis Forum M.I.B (Melayu, Islam, Beraja) siri 1 yang berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran tetamu dari dalam dan luar negeri pahang. Program ini, berlangsung selepas maghrib dengan pengisian tazkirah khas yang disampaikan oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 serta penampilan istimewa oleh Tuan Haji Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar, Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang merangkap cucu Mat Kilau dan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau (TSS). Seramai lebih 300 tetamu telah datang bagi…