Zakat Wang Simpanan

Definisi

Pada dasarnya wang simpanan bermaksud “wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan”.

Antara contoh jenis-jenis wang simpanan

  1. Simpanan di institusi perbankan
  2. Simpanan berbentuk pelaburan di institusi kewangan seperti Amanah Saham, Tabung Haji, KWSP, LTAT dan seumpama dengannya
  3. Simpanan di rumah

KAEDAH KIRAAN

  1. Simpanan Tetap
    Zakat 2.5% daripada keseluruhan simpan tersebut
  2. Simpan Biasa
    Zakat 2.5% dari nilai terendah (Cukup Nisab) dalam tempoh setahun simpanan tersebut

Kaedah untuk mendapatkan baki terendah tersebut adalah dengan cara berikut:

  1. Jumlahkan semua jenis simpanan yang ada dan dapatkan tarikh bermulanya simpanan yang mencukupi nisab bagi menentukan permulaan haul.
  2. Tentukan atau dapatkan baki terendah secara bulanan dalam tahun berkenaan. Bagi menentukan baki simpanan terendah setiap bulan, jika ada banyak transaksi dalam bulan yang sama, ambil baki yang terendah. Jika banyak transaksi dalam satu hari yang sama, ambil amaun transaksi terakhir.
  3. Bandingkan baki terendah itu dengan nisab semasa.
  4. Sekiranya baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab, maka zakat yang diwajibkan ialah 1/40 atau 2.5 % daripada jumlah tersebut.

 

Wang Simpanan di Perbankan

Bagi wang simpanan di perbankan, ianya merupakan tanggungjawab pendeposit untuk mengeluarkan zakat ke atas simpanan masing-masing kerana wang simpanan merupakan hak pendeposit dan pihak bank tidak sewajarnya mengenakan zakat ke atas wang simpanan mereka. Zakat wang simpanan pendeposit adalah tertakluk kepada nilai terendah yang terkumpul semua wang simpanan dalam setahun. Begitu juga simpanan Mudharabah adalah tanggungjawab pendeposit sebagai pemilik dana (Sahib Al-Mal) mengikut haul pendeposit masing-masing. Bank ada haulnya dan para pendepositor juga ada haul masing-masing