Harta Rikaz wajib dikeluarkan zakatnya bila terjumpa atau dijumpa. Tidak ada tempoh waktu(haul). Harta ini perlu menemui dengan kadar wang sebanyak 85 gram emas atau 595 gram perak dengan kadar zakat adalah 20% dari jumlah keseluruhan harta tersebut.
Apabila seseorang itu menggali maadin/galian (emas atau perak dan seumpamanya) dan apa yang diperolehinya cukup nisabnya maka dia wajib mengeluarkan zakat pada waktu itu juga dengan kadar 2.5% daripada jumlah keseluruhannya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al- Baqarah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjalah pada jalan Allah sebahagian dari hasil kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”.
Nabi S.A.W. mengambil zakat daripada maadin/ galian al-Qabaliya.
Al-Qabaliyah dinisbahkan kepada Qabal, suatu tempat di kampung bernama al-Fur’ antara Makkah dan Madinah.
Imam an-Nawawi R.A berkata:
“Para ashab (ulama’ mazhab) kami berkata: Umat Islam sepakat tentang wajibnya zakat maadin/galian.
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Pada rikaz itu wajib satu perlima (sebagai zakat)”.