Qada zakat bermaksud, menunaikan zakat yang wajib ditunaikan pada masa yang telah lalu; namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja meninggalkanya atau atas apa-apa alasan lain sehingga berlalu haulnya (setahun), maka ia wajib ditunaikan segera.
Hukum qada zakat adalah wajib dan berdosa jika sengaja diabaikan.
Cara Menunaikan Zakat
- Qada’ zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul yang terdahulu.
- Pembayaran qada’ zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
- Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat sama ada dengan mengunjungi cawangan zakat di seluruh Pahang atau kaedah lain iaitu membuat pembayaran melalui potongan gaji, ejen bank, internet dan lain-lain kaedah yang disediakan oleh PKZP.