Had minima nisab bagi zakat ternakan lembu/kebau ialah apabila seseorang memiliki 30 ekor binatang lembu/kerbau. Dan bertambah mengikut ketetapan seperti jadual di bawah:
Nisab |
Kadar Yang Diwajibkan Zakat |
30-39 |
1 jantan atau betina |
40-59 |
1 betina |
60-69 |
2jantan |
70-79 |
1jantan& 1 betina |
80-89 |
2 betina |
90-99 |
3 jantan |
100-109 |
2 jantan& 1 betina |
110-119 |
1 jantan & 2 betina |
- Sekiranya jantan maka umurnya mestilah 1 tahun atau lebih dan betina mestilah berumur 2 tahun atau lebih.
- Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas,maka bagi setiap 30 ekor lembu/ kerbau diwajibkan 1 ekor lembu jantan yang berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu betina yang berumur 2 tahun.
- Jika ternakan bercampur antara lembu dan kerbau,maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada mahu memberi lembu atau kerbau daripada peliharaan itu.