“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85 gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya1/2 dinar (2.5%) daripada jumlah kesuluruhannya”. (riwayat Abu Daud)
wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan.
Contohnya: wang yang disimpan di institusi perbankan,institusi kewangan (Amanah saham, Tabung Haji, KWSP,LTAT dan lain-lain), dan simpanan di rumah.
Harta Rikaz wajib dikeluarkan zakatnya bila terjumpa atau dijumpa. Tidak ada tempoh waktu(haul). Harta ini perlu menemui dengan kadar wang sebanyak 85 gram emas atau 595 gram perak dengan kadar zakat adalah 20% dari jumlah keseluruhan harta tersebut.