Tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20. Bagi tanaman yang menggunakan aliran hujan atau aliran air secara semula jadi, maka zakatnya ialah 10% atau 1/10.

Bagi negeri Pahang lima wasq (300 gantang Madinah) ini bersamaan 400 gantang Malaysia juga bersamaan 1000kg

Zakat tanaman adalah zakat yang dikenakan keatas tanaman yang berbentuk makanan asasi, antara tanaman yang dikenakan zakat adalah kurma, barli, anggur, gandum, dan padi.

Di Malaysia, hanya tanaman padi sahaja diwajibkan zakat.

Ini adalah contoh bagi salah satu elemen pelaburan emas. Seseorang? membeli emas kemudian membina satu akad yang lain iaitu wadi'ah terhadap emas tersebut untuk dijaga atas dasar yad amanah. Melalui kaedah ini, para pelabur membeli emas dalam apa jua bentuk kemudian menyerahkan kepada pihak lain untuk menyimpannya dengan dibayar upah simpan misalnya bagi tujuan menunggu masa jualan ketika harga tinggi.

Dalam hal ini para ulama telah bersepakat bahawasanya emas yang disimpan dalam bentuk ini wajib dikeluarkan zakatnya tatkala cukup nisab dan haul oleh si penyimpan. Al-Baji r.h.m (al-Muntaqa) menyatakan bahawasanya mereka yang mempunyai emas yang berpisah-pisah di tangan orang lain samada menerusi kontrak qirad, mudharabah, wadi?ah atau lain-lainnya yang membolehkan perkembangan berlaku tanpa halangan pengendalian maka hukumnya adalah sama seperti emas yang berada di tangannya.

carian soalan lazim