Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun/tarikh cukup haul.
Contoh:
1 lot = 1,000 unit
Harga beli 1 jan 2014 = RM 10.00 seunit
(2 Lot = 2,000 unit X RM10 = RM 20,000)
Harga pada tarikh cukup haul = RM 9.00 seunit
(20 Disember 2014) (2 Lot = 2,000 unit X RM9 = RM 18,000)
Zakat yang dikenakan = RM 9,000 X 2.5%
= RM225.00
Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas harga terendah dalam tempoh setahun. Cara pengiraannya adalah sama seperti kaedah pengiraan zakat wang simpanan. Dapatkan jumlah nilai terendah dalam tempoh setahun, jika menyamai atau melebihi nisab darab dengan kadar zakat 2.5%.
ASB merupakan saham yang berbentuk simpanan,maka ia tertakluk kepada zakat saham.
Persoalan berkaitan pengeluaran zakat i-Lestari dalam tempoh PKP ini, berikut adalah jawapannya :
Kaedah mengeluarkan zakat KWSP (sekiranya termasuk no.2 di atas):
Jumlah yang dikeluarkan (dari tabung KWSP) X 2.5% (kadar zakat) = Jumlah Zakat
Contohnya: RM500 X 2.5% = RM12.50 sahaja
atau
Ditaksir bersama pendapatan tahunan semasa bagi yg mempunyai pendapatan bulanan.
Kaedah ini adalah selaras dengan pandangan yang telah dikemukan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKSP) KWSP.
Semoga pencerahan ini ada manfaatnya buat masyarakat dan kita tidak terlalai dengan apa yang menjadi kewajipan atas diri kita sendiri. Wallahu'alam.